Sunday 19 January 2014

COQ HEALTH PLUS UNTUK KESIHATAN JANTUNG

 ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


Penyakit jantung seakan menjadi penyakit biasa dihadapi masyarakat sekarang ini. Ini mungkin berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang. Lebih-lebih lagi sekarang ini banyak makanan yang tidak elok untuk kesihatan. Sebelum ia menjadi semakin parah, ada baiknya kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini untuk melakukan pencegahan dan persediaan awal.





Jom kite tengok apa symptom-symptom awal penyakit jantung ini..

1. Kelelahan melampau
Jika Anda kerap merasa lelah meski tidak melakukan aktiviti berat, segeralah berjumpa doktor. Ini boleh menjadi indikator adanya masalah pada jantung. Rasa lelah ini juga sering dirasakan saat bangun tidur.

2. Nyeri di dada
Ini merupakan gejala umum masalah jantung. Wanita akan lebih mungkin merasakan nyeri di bagian dada kerana penyumbatan arteri yang menyebabkan aliran darah ke seluruh tubuh tidak lancar. Kondisi ini juga dapat menyebabkan mati rasa dan kelemahan tubuh.

3. Berkeringat/berpeluh
Umumnya seseorang berkeringat selepas berolahraga atau saat cuaca panas. Namun jika Anda mudah berpeluh, walaupun tidak melakukan apapun, kemungkinan jantung Anda bermasalah.

4. Sakit kepala
Mereka yang memiliki masalah pada jantung, akan merasakan sakit kepala saat terkena pancaran cahaya. Ini memberi efek kepada denyut jantung yang membawa kepada denyutan lebih lambat atau lebih cepat.

Terutama pada wanita yang sering mengalami migrain atau gangguan visual, setidaknya dua kali dalam sebulan, perlu waspada. Boleh jadi ini merupakan gejala perkembangan penyakit jantung. Demikian menurut penelidikan yang diterbitkan American Academy of Neurology. Menurut peneliti, ini terjadi kerana penyimpangan aliran darah yang menyebabkan sakit kepala parah.

5. Mual
Gejala gangguan jantung bermula dengan pembengkakan di bahagian perut. Hal ini menyebabkan penderita kehilangan nafsu makan dan merasakan mual berlebih.

6. Kecemasan
Banyak yang meyakini, serangan jantung berpunca daripada trauma. Mereka yang pernah mengalami serangan jantung lebih sering mengalami ketegangan, ketakutan, atau kecemasan akan kematian. Hal ini dikaitkan dengan kecemasan psikologi dan stress yang menyebabkan serangan lebih sering.

7. Nyeri tubuh
Rasa nyeri menjadi pertanda kuat penyakit jantung. Bagi lelaki, rasa nyeri dirasakan di bahagian lengan kiri, sementara wanita mengalami rasa sakit di kedua lengan. Rasa sakit datang dan pergi ini juga dirasakan di bagian bahu, hujung siku dan leher. Nyeri di beberapa titik bahagian tubuh ini disebabkan kerana arteri tersumbat.

8. Denyut jantung tak teratur
Jika Anda mengalami denyut jantung tak teratur, ini patut diwaspadai kerana boleh mengundang MAUT. Denyut jantung tak teratur umumnya terjadi kerana adanya penebalan otot pada injap jantung. Hal ini menyebabkan terjadi penyempitan pada injap sehingga menyebabkan kebocoran.

9. Sesak nafas
Sesak nafas disebabkan kerana penebalan pembuluh darah yang menghantar aliran darah ke seluruh tubuh. Ini juga menyebabkan denyut jantung yang tidak teratur, kelainan organ hati atau infeksi, penebalan otot jantung, serta abnormal pada injap jantung.

10. Pembengkakan
Pembengkakan terjadi ketika cairan menumpu di dalam tubuh. Umumnya terjadi pada bahagian pergelangan kaki dan perut. Gejala ini merupakan tanda bahwa jantung sedang mengalami kecacatan serta adanya kelainan pada injap jantung.

  


Berwaspadalah... cegah sebelum terlambat..Jangan biarkan orang-orang yang anda sayang di serang penyakit jantung..


jika berminat boleh hubungi saya..


  sharing is caring..


SID1 300x187 Pantang Larang Vitamin

FB   : www.facebook.com/anggun jelita
Blog : gerobokvitamin2u.blogspot.com
pm.sms.whatsapp : 012-7228183

ID shaklee : 1088188

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Moga kekal hingga ke syurgaMu

Daisypath Anniversary tickers